Mengenai SimpleSite

SimpleSite Nov. 9, 2012.

Sidang Akhbar:

SimpleSite memperoleh pembiayaan baru untuk mempercepatkan pertumbuhan di peringkat antarabangsa.

SimpleSite memperoleh pembiayaan baru untuk mempercepatkan pertumbuhan di peringkat antarabangsa: berada di 15 pasaran dan akan berkembang ke 34 pasaran menjelang hujung tahun 2013

Beribu pejabat di Copenhagen SimpleSite, yang beroperasi di empat belas negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat, kini mempunyai pengaruh untuk meneruskan kejayaannya dalam pengembangan di peringkat antarabangsa.

Berbekalkan suntikan modal hampir EUR 2 juta, pihak syarikat berazam untuk melancarkan laman web di sembilan belas buah negara tambahan dalam masa kurang dari lapan belas bulan, menetapkan matlamat untuk mencapai pertumbuhan perolehan tahunan melebihi 50 peratus.

Dengan penambahan 300,000 pengguna baru setiap bulan, SimpleSite telah mencipta nama di pasaran semasa. Dalam hanya beberapa tahun, pihak syarikat telah mencapai pertumbuhan antarabangsa yang kukuh, dengan 43 peratus perolehan disumbangkan daripada pasaran antarabangsa pada tahun 2011.

“Pelaburan ini merupakan satu peluang keemasan untuk mempercepatkan pertumbuhan kami,” kata CEO SimpleSite, Morten Elk. “Model perniagaan kami telah terbukti berjaya di lima belas buah negara, dan dengan pengalaman yang ada kami mampu untuk menembusi pasaran yang baru dengan jayanya.”

Pertumbuhan Agresif
“Pelaburan ini membolehkan kami memanfaatkan skala model perniagaan yang menguntungkan, dan pelancaran untuk menembusi pasaran baru dengan lebih cepat dan agresif.”

“Sejak tahun 2005, kami telah menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembangunan antarabangsa, mewujudkan model perniagaan yang menguntungkan dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 38 peratus dalam tempoh lima tahun yang lepas. Kini kami mempunyai sumber yang diperlukan untuk melakukan apa yang dirancangkan,” kata Morten Elk.

Orang yang bertanggungjawab di sebalik pelaburan hampir mencecah EUR 2 juta adalah seorang usahawan IT yang berpengalaman, Kaare Danielsen yang terlibat secara langsung dalam pembinaan sebuah syarikat pangkalan data pekerjaan yang terbesar di Scandinavia.

Mengenai SimpleSite
SimpleSite
dalam menawarkan perkhidmatam laman web yang mudah dan mesra pengguna untuk individu dan peniaga-peniaga kecil. SimpleSite mempunyai model perniagaan yang menjanjikan pulangan pelaburan yang menguntungkan dalam masa satu hingga dua tahun. Selepas membuat pelaburan awal dalam tempoh tiga tahun pertama, syarikat telah menyaksikan keuntungan pada setiap tahun berikutnya. Pada tahun 2011, perolehan syarikat melebihi EUR 3.6 juta yang menjana keuntungan sebelum cukai sebanyak EUR 0.4 juta.

SimpleSite merupakan satu-satunya syarikat yang terus berkembang di bidang yang diceburinya di kebanyakan negara. Malah yang lebih mengkagumkan, pertumbuhan organik ini telah dibiayai sepenuhnya oleh perolehan syarikat itu sendiri.

Maklumat perhubungan:.
Pengasas dan CEO, Morten Elk
Telefon: +45 2029 7505
E-mel: morten@SimpleSite.com

Muat turun.
Sidang akhbar - Helaian Fakta - Morten Elk (foto) - Fail Zip