Wujudkan blog

Tips for a great blog

4 panduan mudah untuk membantu anda menulis blog yang berjaya

Mungkin anda sudah mempunyai idea yang sungguh baik mengenai kegunaan blog anda. Atau mungkin juga anda baru saja mengambil beberapa langkah pertama ke dunia blogging. Tidak kira yang mana satu, empat panduan di bawah akan cepat membantu anda dalam usaha anda untuk menulis blog yang hebat! Masih belum mempunyai sebuah blog? Ciptalah satu dalam hanya beberapa langkah sahaja!



1. Tentukan Titik Fokus Anda

Lightbulb - find your blog's focus

Kenapa saya menulis blog? Tanya diri anda soalan ini sebelum anda mula menulis. Cari fokus blog anda boleh menjadi sangat berguna untuk diri anda dan pembaca anda. Jika anda sudah sedar akan soalan ini dan bukannya "apakah yang saya mahu menulis tentang?", ini bermakna anda sedang cari motivasi dan bukannya topik blog anda. Adakah blog anda merupakan jurnal peribadi? Apakah ia bertujuan untuk memaparkan hobi anda? Adakah blog anda merupakan sampingan kepada laman web SimpleSite anda, atau ia bertujuan untuk menjadi denyutan jantung bagi laman web anda? Anda juga boleh membuat blog yang bertujuan untuk berkongsi ilmu atau meluahkan pendapat anda. Apa sahaja yang anda putuskan, tulis sesuatu yang menjadi kegemaran anda. Ini akan terserlah melalui posting blog anda dan membuat isi kandungan anda lebih menarik bagi bacaan pengunjung anda.

2. Tulis Tajuk yang Menarik Perhatian

Newspaper - come up with catching headlines

Tajuk utama adalah perkara pertama yang diperhatikan oleh pembaca anda semasa melayari blog anda. Jika anda mempunyai banyak post pada blog SimpleSite anda, tajuk utama akan menjadi perkara pertama yang dimbas lalu pembaca sebelum mereka membuat keputusan tentang posting mana yang akan diklik dan dibaca. Pastikan anda menjadikan tajuk utama anda sangat menarik supaya para pembaca tidak dapat lari daripada mengklik pada mereka. Timbulkan rasa ingin tahu mereka! Bagi mencapai matlamat ini, kami mencadangkan anda letak tajuk utama yang pendek dan tepat. Kata sifat positif seperti "hebat", "luar biasa" dan "menakjubkan" membuat tajuk anda lebih menarik (tip tambahan: guna Google untuk cari blog yang berjaya dan perolehi ilham mengenai penggunaan tajuk utama yang menarik dan pendek).

3. Buat Posting secara Kerap

Keyboard - update your blog regularly

Blog yang sering dikemas kini menjadikannya satu pengalaman yang lebih dinamik untuk pembaca anda. Blog SimpleSite direka khas untuk segera berkongsi pelbagai jenis isi kandungan baru. Selain daripada teks, anda juga boleh menambah isi kandungan dalam bentuk imej, video, sebut harga, puisi, dan pautan. Penampilan dalam pelbagai bentuk boleh menjadikan blog anda lebih menarik bagi pelawat anda. Akhir sekali, kami mencadangkan anda kekalkan posting teks yang pendek untuk meningkatkan kebolehbacaan dan membentangkan nilai posting anda kepada pembaca dengan cepat (mereka akan mencarinya!). Dengan cara ini, blog anda boleh diuruskan dengan lebih mudah dan boleh dikemas kini dengan lebih kerap.

4. Beriteraksi Dengan Pelawat Anda

Tablet - engage with your readers

Komen adalah cara yang baik untuk menyemak aktiviti blog anda. SimpleSite membolehkan pelawat anda meninggalkan ulasan mengenai posting blog anda. Manfaatkan kesempatan ini sepenuhnya! Menerima maklum balas mengenai posting anda (perkara yang baik atau yang kurang elok) boleh menjadi amat berguna. Buka dialog dengan pembaca anda dan mereka juga boleh memberi anda idea dan inspirasi untuk posting blog baru - kemungkinan mereka ingin membaca lebih lagi mengenai perkara tersebut pada blog anda! Mewujudkan interaksi sebegini antara pembaca dan penulis membantu mengekalkan populariti blog serta menarik lebih banayk pembaca baru. Tip: Anda boleh menggunakan kemudahan hantaran mesej SimpleSite untuk menghantar e-mel kepada semua kenalan dalam senarai e-mel anda apabila anda menulis post baru! Sila login ke laman web anda dan cari "Beritahu rakan" pada sebelah kanan.

Sedia untuk menulis blog? Anda boleh memiliki blog peribadi pada SimpleSite dalam hanya beberapa langkah saja. Selamat blogging!