Domain Peribadi | SimpleSite

Domain Peribadi

Nama domain yang sesuai untuk laman web anda

Apa yang perlu diberi perhatian apabila memilih nama domain yang sesuai untuk laman web anda

Nama domain adalah tambahan hebat untuk laman web SimpleSite anda. Ia akan menjadikan laman web anda lebih peribadi, profesional dan unik, dan ia juga memudahkan anda dan pelawat anda mengingati alamat unik laman web anda.

Apabila membeli domain baru, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Di bawah ini, anda boleh lihat beberapa maklumat berguna bagi domain peribadi dan perkara yang perlu diambil perhatian apabila membeli domain peribadi untuk website SimpleSite anda.

Tidak memiliki laman web lagi? Hasilkan laman web dengan hanya beberapa langkah mudah!

Apakah itu Domain?

Nama domain adalah nama laman web anda dalam bar alamat seperti yang ditunjukkan kepada pengunjung anda, sebagai contoh, www.website-anda.com. Ini juga apa yang kita panggil domain peribadi.

Jika anda tidak membeli domain peribadi untuk SimpleSite, laman web anda akan berada di subdomain, termasuk domain SimpleSite, sebagai contoh, www.website-anda.SimpleSite.com.

Kelebihan Mempunyai Domain Sendiri

Memiliki nama domain anda sendiri ada beberapa kelebihan:

1) Lebih mudah bagi pengunjung anda untuk mengingati alamat laman web anda,

2) Peluang untuk muncul dalam keputusan mesin carian akan meningkat dengan ketara,

3) Laman web anda akan kelihatan lebih profesional,

4) Jenama anda akan diperkukuh dan dilindungi, dan

5) Anda ada kemungkinan untuk memiliki alamat e-mel peribadi nama-anda@website-anda.com, hasil daripada perkhidmatan alamat e-mel kreatif SimpleSite.

Cara Pilih Nama Domain Terbaik

Nama domain anda sepatutnya sama dengan nama jenama anda atau mencerminkan tujuan laman web anda. Adalah amat penting untuk memilih nama yang mudah diingati orang ramai. Ia sepatutnya cukup unik supaya tidak dikelirukan dengan jenama atau laman web lain, tetapi masih cukup logik untuk membolehkan orang ramai tahu apa yang diharapkan daripada laman web anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai memilih domain yang betul, sila rujuk kepada artikel ini pada blog SimpleSite kami: 6 Things To Keep In Mind When Choosing The Right Domain Name For Your Website

Memesan nama domain yang berbeza dengan nama pengguna SimpleSite anda

Memang ada kemungkinan untuk memesan nama domain yang berbeza daripada nama pengguna SimpleSite anda. Untuk berbuat demikian, sila pergi ke halaman web di mana anda boleh membeli nama domain anda. Klik pada nama domain yang dicadangkan dan taip nama domain pilihan anda untuk menggantikannya. Sila ambil perhatian: nama domain tidak boleh mengandungi huruf besar. Di samping itu, ruang (space) atau huruf khas juga tidak boleh digunakan semasa mendaftar nama domain.

Anda boleh cuba kombinasi berbeza bagi nama domain anda untuk memastikan ia masih boleh didapati. Apabila anda jumpa nama domain yang disukai, klik saja pada "Beli nama ini".

Jika nama domain yang anda sukai sudah diambil

Jika nama domain yang anda mahu sudah diambil, cuba tambah satu perkataan yang berkaitan dengan isi kandungan laman web anda.

Contohnya, jika anda memiliki sebuah bar dan bar anda dipanggil Havana, anda mungkin mahu panggil nama domain anda havanabar.com or barhavana.com untuk menggantikan havana.com.

Sebagai alternative, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli nama yang sama dengan lanjutan domain lain (.com/.net/.org/.info./.biz). Misalnya, havana.net or havanabar.net.

Nama domain adalah Kekal

Sebaik sahaja anda telah menempah nama domain, anda tidak dapat lagi mengeditnya. Anda akan mendapat domain yang sama sepenuhnya dengan apa yang ditaip anda, jadi jangan lupa semak beberapa kali untuk mengesan kesalahan ejaan sebelum membelinya. Kami tidak akan menyemak kesilapan ejaan dalam nama domain, dan jika anda perlu mengubahnya kemudian, anda perlu membeli domain yang baru. 

Jika anda perlu untuk menukar nama domain anda, sila hubungi khidmat pelanggan kami pada customerservice@SimpleSite.com. Mereka akan membantu anda dengan sebarang perubahan yang anda ingin lakukan pada nama domain anda.

Pemindahan Domain Sedia Ada Anda kepada SimpleSite

Anda dialu-alukan untuk memindahkan domain sedia ada daripada pembekal lain ke laman web SimpleSite anda. Pemindahan ini adalah percuma. Sila ambil perhatian bahawa jika anda mempunyai langganan asas, dan anda memilih untuk memindahkan nama domain kepada kami, langganan asas anda akan dinaik taraf kepada langganan PRO.

Sila hubungi khidmat pelanggan kami pada customersupport@SimpleSite.com jika anda ingin memindahkan domain sedia ada kepada SimpleSite.

Masukkan Nombor Telefon Anda Dengan Cara Betul Apabila Memesan Domain

Semasa membuat pesanan domain anda perlu memasukkan nombor telefon anda dalam format yang dipanggil E164a. Ini bermakna bahawa anda perlu menulis nombor telefon anda dengan kod dalian antarabangsa terlebih dahulu dan tiada sifar, ruang kosong atau tanda tambah.

Sebagai contoh, bagi seseorang yang menetap di UK, kod panggilan antarabangsa adalah 44. Oleh itu, nombor telefon UK akan kelihatan seperti ini dalam format E164a : 449876543210 (9876543210 adalah nombor telefon yang digunakan di UK).

Jika anda dipersembahkan dengan dua bidang, sila masukkan kod panggilan antarabangsa untuk negara anda dalam bidang yang pertama, dan nombor telefon anda dalam bidang yang kedua seperti yang ditunjukkan dalam contoh di bawah.

Nombor Telefon

Sila ambil perhatian bahawa nombor telefon tidak boleh mengandungi lebih daripada 12 digit secara keseluruhan - termasuk kod negara.