Menarik Lebih Banyak Trafik Ke Laman Web Anda

Menarik Pelawat

Get More Traffic

5 cara mudah untuk menarik lebih banyak trafik ke laman web anda

Anda telah memilih nama laman web, reka bentuk yang cantik, dan menambah isi kandungan pada laman web anda. Kini sudah tiba masanya untuk berkongsi laman web anda dengan seluruh dunia! Berikut adalah 5 cara mudah untuk memastikan lebih banyak orang akan melawat laman web anda. Masih belum mempunyai sebuah laman web? Ciptalah satu dalam hanya beberapa langkah sahaja!



1. Pastikan mesin carian tahu lokasi website anda

Search Engine

Google mengambil masa beberapa minggu untuk mencari dan merekod laman web anda. Jimatkan masa dengan menyerahkan URL laman web anda sendiri. URL anda ialah alamat laman web anda, sebagai contoh http://www.namaanda.com atau http://namaanda.SimpleSite.com - apabila anda berada pada laman web anda, lihat bar alamat untuk mengetahui URL anda. Anda juga boleh menyerahkan URL anda pada mesin carian Bing dan Yahoo pada masa yang sama.

Tip Bonus: guna directori dan laman rekomendasi

Selain mendaftarkan diri dalam mesin carian, satu lagi cadangan yang baik ialah menyenaraikan laman web anda pada direktori web. Senarai seperti ini boleh membawa kesan positif ke atas kedudukan laman web anda dalam mesin carian. Direktori paling popular dan sering digunakan adalah Dmoz.org - senarikan laman web anda selepas membaca panduan mereka.

Laman rekomendasi seperti StumbleUpon wujud semata-mata untuk memadankan pengguna web dengan laman web yang boleh memenuhi minat mereka. Jika laman web anda menawarkan sesuatu yang mungkin diminati oleh kumpulan tertentu, tambah laman web anda pada StumbleUpon supaya mereka boleh menyebarkannya kepada pengikut-pengikut mereka.


2. Memanfaatkan sepenuhnya senarai e-mel anda

Use your email address book

Ada satu sumber amat berguna yang terdapat dalam akaun e-mel anda, dan ia hanya menunggu untuk digunakan. Hantar e-mel kepada ahli keluarga, kawan-kawan, rakan sejawat, dan orang lain boleh menjadi cara yang baik untuk membuat mereka sedar akan laman web baru anda yang hebat. E-mel yang dihantar tidak perlu panjang lebar; satu atau dua baris mengenai laman web dan pautannya sudah mencukupi.

Hantar e-mel secara besaran adalah penyelesaian yang paling mudah tetapi mempertimbangkan juga hantar e-mel khusus kepada pelopor dan penggerak dalam jaringan anda. Hal ini penting kerana orang ini boleh melihat segara betapa menarik laman web baru anda dan berkongsinya dalam kalangan sosial mereka.

Tip bonus: Guna alat e-mel kami atau tambah signature dalam emel anda

SimpleSite juga mempunyai alat e-mel yang hebat untuk anda berkongsi laman web anda dengan cepat dan mudah. Pada halaman dashboard (sebaik saja anda login laman web anda), anda akan mendapati pautan di sebelah kanan yang berkata "Beritahu rakan". Tekan butang dan ikut panduan seterusnya.

Jika anda belum lagi menambah signature automatik pada e-mel yang dihantar keluar, kini adalah masa terbaik untuk berbuat demikian! Ini adalah cara yang hebat dan mudah untuk mempromosikan website anda setiap kali anda menghantar e-mel. Bukan sekadar menambah URL laman web anda, jadikannya menyeronokkan dan menarik! Sebagai contoh: "Ikuti Charlie, kucing tercomel di dunia, dengan kemas kini mingguan, gambar dan video. Website saya pada www.CharliesAngel.SimpleSite.com”. Ini jauh lebih menarik untuk dibaca dan boleh merangsangkan mereka untuk mengeklik link tersebut dan seterusnya melayari laman web anda.


3. Aktiviti laman web yang kerap = lebih trafik

Be active on your website

Jangan biarkan habuk bertimbun pada laman web anda. Pastikan anda sentiasa mengemas kini laman web anda dengan isi kandungan baru. Ini akan menjadikan laman web lebih menarik bagi pelawat-pelawat anda dan mesin carian, sekaligus memastikan kedua-duanya kembali ke website anda selalu.

Tips Bonus: membuat sasaran dan catuan bagi isi kandungan anda

Pos sesuatu yang baru pada laman web anda setiap hari akan cepat menjadi terlalu membebankan bagi anda dan pengunjung anda. Sebaliknya, anda perlu menetapkan sasaran untuk diri anda; siarkan sesuatu baru pada laman web anda sekali seminggu, sebulan sekali ... Ini terpulang kepada anda.

Anda tidak perlu membuat perkara yang sama setiap hari. Kemas kini yang kecil atau gambar yang menyeronokkan untuk mengaktifkan laman web anda boleh mencapai hasil yang sama seperti menulis halaman blog baru atau memuat naik produk baru pada kedai online anda.


Trade your links with other websites

Walaupun menghasilkan bahan berkualiti dan isi kandungan yang relevan adalah cara terbaik untuk menarik perhatian kepada laman web anda, kaedah "trade link" masih mempunyai kegunaannya yang unik. Sebagai contohnya, anda boleh "trade" URL laman web anda dengan laman web atau blog-blog lain yang dibaca atau diikuti anda.

Tip bonus: Kenali topic anda dan alam yang mengelilingi topic ini

Laman web dengan topik yang serupa dengan topik anda akan memberi nilai pulangan tertinggi untuk pelawat anda jika "trade link" dijalankan. Jelasnya kedua-dua pihak boleh mendapat keuntungan; pemilik laman web yang lain juga melihat nilai yang sama untuk pelawat mereka. "Trade link" akan mejadi lagi mudah jika anda menulis cerita pendek, posting atau huraian mengenai laman web mereka - moga-moga mereka juga melakukan perkara yang sama untuk anda.

Menyedari kedudukan anda dalam "hierarki Internet" boleh menjadi sangat bermanfaat bagi anda. Sebagai contoh, jika anda memiliki laman web bertema hobi yang kecil atau sederhana, peluang untuk mendapatkan "trade link" dengan laman web korporat atau media umum adalah kecil. Oleh itu, langkah yang lebih bijak ialah "trade link" dengan laman web yang sama taraf dengan anda; mereka akan lebih cenderung untuk "trade link" dengan anda dan mempromosikan laman web anda.


5. Bercampur gaul!

Use your social media channels

Laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram adalah amat berguna untuk mendapatkan lebih banyak traffic ke laman web anda. Kini, mereka menjadi lebih berpengaruh daripada mesin carian jika digunakan dengan cara yang betul. Jadikannya satu tabiat untuk membuat siaran melalui media sosial anda setiap kali sesuatu perkembangan baru berlaku pada laman web anda.

Tip Bonus: Bijak memilih tempat untuk memuat naik imej dan video anda

Daripada memuat naik imej atau video pada Facebook, anda boleh meletakkannya pada laman web anda dan tambah pautan ke laman web tersebut pada profil Facebook, Twitter feed dan sebagainya. Pastikan persembahannya menarik perhatian atau mempunyai kaitan dengan pelawat anda supaya mereka tidak dapat menahan diri daripada mengeklik pautan itu dan berkongsikan posting anda!