SEO

Tips for a great blog

Bagaimana menjadikan website anda muncul dalam mesin carian



Kini anda telah menghasilkan laman web SimpleSite sendiri, sudah tentu anda mahu website ini didapati pada mesin carian seperti Google atau Bing - sebaik-baiknya pada kedudukan pertama! Mungkin anda pernah semak sama ada nama website anda muncul di antara keputusan carian. (Masih belum mempunyai sebuah laman web? Ciptalah satu dalam hanya beberapa langkah sahaja!)

Jika ia tidak muncul, jangan jadi kecewa; untuk laman web anda muncul dalam keputusan mesin carian adalah perkara yang tidak berlaku dalam sekelip mata. Laman web anda tidak muncul dalam keputusan carian tidak bermaksud ia tidak terdapat online. Ia hanya bermaksud laman web anda belum lagi diimbas lalu dan di-indekskan. Taipkan URL anda (contoh: www.mywebsite.com atau www.myname.SimpleSite.com) terus ke dalam bar alamat browser anda, bukannya dalam Google atau Bing, dan laman web anda akan muncul pada skrin anda. Banyak usaha dan kesabaran diperlukan untuk mendapat ramai pelawat dari keputusan pada mesin carian.

Malah, terdapat satu konsep yang dikenali sebagai search engine optimization (juga dikenali sebagai SEO), yang sebenarnya merupakan garis panduan dan taktik untuk menjadikan laman web anda muncul lebih tinggi dan lebih kerap dalam hasil carian. Mengoptimumkan laman web anda dengan mematuhi garis panduan ini boleh mempengaruhi betapa kerap dan tinggi laman web anda muncul dalam keputusan carian. Secara mumnya, semakin tinggi penampilan anda dalam hasil mesin carian, semakin banyak pengunjung yang boleh ditarik ke laman web anda. Untuk melakukan ini, mesin carian seperti Google dan Bing menggunakan sesuatu yang dipanggil "web crawler" untuk mengimbas lalu semua laman web di internet secara sistematik. Apabila ia melayari sesebuah website, ia akan mengindeks website tersebut berdasarkan banyak faktor yang meluas.

Semakin berjaya faktor ranking ini digunakan, maka semakin tinggi laman web anda akan muncul apabila anda cuba mencarinya dalam mesin carian. Secara amnya, "internet marketer" dan orang lain yang bekerja dengan SEO profesional menganggap bahawa Google menggunakan 200 faktor ranking. Senarai komprehensif di bawah adalah berguna jika anda ingin mengetahui lanjut tentang 200 faktor ranking Google.

Sini bukan tempatnya untuk menerangkan setiap faktor ranking ini tetapi SimpleSite ingin melengkapkan setiap penggunanya dengan beberapa petua SEO asas yang boleh digunakan terus pada laman web mereka. Petua-petua ini tidak menjamin tempat nombor satu dalam keputusan enjin carian tetapi mereka akan memastikan bahawa laman web anda lebih cenderung untuk dikesan oleh Google dan Bing, dan akibatnya mendapat kedudukan yang lebih tinggi.

Gunakan kata kunci pada website anda

Apabila anda ingin mencari sesuatu pada internet dengan mesin carian, biasanya anda mula dengan menaip apa yang anda ingin cari. Apa yang ditaip anda dikenali sebagai kata kunci atau frasa utama. Kata-kata kunci inilah yang perlu diingati anda semasa mengoptimumkan laman web anda. Apakah kata kunci anda fikir yang akan gunakan untuk mencari topik, produk atau perkhidmatan seperti yang didapati pada laman web anda? Gunakan tajuk menu, tajuk halaman dan isi kandungan teks pada laman web anda untuk membantu mesin carian mengesan perkara utama dalam laman web anda. Tetapi ingat jangan melakukan ini secara keterlaluan! Menggunakan kata kunci berkaitan pada seluruh laman web anda juga dikenali sebagai "keyword stuffing", dan biasanya dilihat sebagai mengumpan mesin carian dalam usaha untuk menaikkan kedudukan laman web anda. Ini mungkin berfungsi untuk masa singkat, tetapi jika dikesan oleh Google atau Bing, hukuman ringan ialah laman web anda akan dikenakan penalti dan kejatuhan kedudukan yang ketara (rank 10 atau lebih rendah). Akibat yang paling teruk ialah laman web anda mungkin disekat sepenuhnya daripada mesin carian.

Sebaliknya, gunakan kata kunci di tempat yang sesuai dan kelihatan semula jadi. Cara yang baik ialah menggunakannya dalam tajuk halaman anda dan selepas itu menyatakannya sekali atau dua kali dalam teks. Cuba gunakan sinonim juga kerana kaedah ini disukai mesin carian dan ia boleh mengesan hubungan di antara mereka.

Pertimbangkan nama domain anda dengan teliti

Jika anda bercadang untuk mendaftarkan nama domain anda pada SimpleSite, cuba jadikannya pendek dan mudah diingati. Mesin carian biasanya lebih cenderung untuk meningkatkan kedudukan nama domain yang pendek, unik dan relevan. Usia nama domain juga merupakan faktor ranking SEO. Ini bermakna, apabila anda mendaftar nama domain yang baru, ia tidak mempunyai banyak pengaruh seperti nama domain yang lebih tua atau yang telah wujud di internet sekian lama.

Akhir sekali, anda boleh pertimbangkan untuk letak kata kunci dalam nama domain anda; ini adalah satu lagi cara untuk memberi isyarat kepada mesin carian tentang pertalian laman web anda.

Mesin carian memberi perhatian khas kepada orang yang menyebut pautan ke laman web tertentu. Bayangkan setiap link ke laman web anda sebagai satu undi untuk menaikkan kedudukan. Setiap pautan memberitahu mesin carian, "Eh, laman web ini amat menarik dan berkaitan! Mungkin ia perlu dipertimbangkan semula dan diberi kedudukan lebih tinggi bagi kata kunci ini". Ini tidak bermakna bahawa lebih banyak pautan adalah lebih baik. Sebagai contoh, jika anda post seratus pautan ke laman web anda pada forum atau blog lain, ia sebenarnya tidak sama dan kurang berkesan jika dibandingkan dengan hanya satu pautan tunggal daripada laman web dengan topik yang hampir sama dengan anda. Berkenaan pautan ke laman web anda, kualiti adalah lebih penting daripada kuantiti.

Walaupun begitu, jika laman web anda baru diwujudkan, ia masih boleh mendapat manfaat daripada lonjakan pantas supaya mesin carian menyedarinya. Cuba cari orang dengan topik, perkhidmatan atau produk yang sama dan bertanya jika mereka berminat untuk wujudkan link ke laman web anda. Minta rakan-rakan dan ahli keluarga untuk menghebohkan dan memuatkan pautan ke laman web anda pada laman web mereka, profil Facebook atau Twitter feed mereka, dan sebagainya. Biar selalu disebutkan pada media sosial juga boleh memberi manfaat kepada kedudukan anda pada Google. Untuk tujuan ini, anda boleh menggunakan fungsi perkongsian sosial kami pada sebelah kanan website SimpleSite anda dan berkongsi laman web pada Facebook, Twitter dan Google+.

Ia bukan sains roket - tetapi perlu usaha yang berterusan

Mengikuti panduan ini akan membantu laman web anda tampil lebih tinggi dalam mesin carian untuk kata kunci yang dipilih anda. Walaupun begitu, ini hanya sebahagian kecil daripada bilangan cara SEO.

Keputusan carian bergantung kepada betapa banyaknya laman web lain yang hampir sama dengan anda dan apa yang ditawarkan anda, betapa lamanya laman web anda, betapa kerapnya anda mengemas kini laman web anda, dan sebagainya. Mesin carian akan mengimbas lalu semua laman web dan menyesuaikan hasil carian mereka selalu - anda mungkin lihat laman web anda muncul pada halaman 1 untuk kata carian tertentu satu hari, tetapi ia jatuh ke halaman 2 atau 3 pada hari seterusnya.

SEO memerlukan usaha berterusan pada laman web anda supaya ia kekal relevan dan berkualiti tinggi kepada orang yang mencari istilah yang berkenaan topik, perkhidmatan atau produk laman web anda. SEO juga proses yang perlahan; ia boleh mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk lihat keberkesanannya. Tetapi jika anda bermula dengan mengikuti panduan di atas dan memastikan laman web anda sentiasa kemas kini, anda secara aktifnya meningkatkan hasil carian website anda pada kebanyakan mesin carian utama.