Adakah anda mempunyai lebih daripada 10,000 pengguna? Adakah mereka impikan untuk memiliki laman web mereka sendiri? Tawarkan kepada mereka satu alat yang hebat dan mudah untuk mereka menghasilkan laman web mereka sendiri, selain mendapat manfaat daripada keuntungan apabila mereka mendaftar.

Program perkongsian SimpleSite diwujudkan agar anda dapat menawarkan perkhidmatan tambah nilai kepada pelanggan anda tanpa perlu membina sistem sokongan yang diperlukan. Kami menawarkan produk yang lengkap dan menepati kehendak pelanggan anda. Dan setiap kali pengguna anda mendaftar, kami akan menghantar kepada anda bonus pencarian. Semudah itu.

1

Menjadi Rakan Kongsi

Sila isikan borang di bahagian bawah halaman ini.
2

Membuat promosi.

Gunakan semua saluran yang sedia ada untuk mempromosikan alat yang amat berguna ini.
..
3

Menjana pendapatan

Mendapat keuntungan sebanyak RM120 hingga RM180 setiap kali pengguna mendaftar.

Apa yang diperlukan?

Untuk menjadi rakan kongsi, anda perlu mempunyai hak media bagi sesebuah majalah, penerbitan, laman web atau yang seumpama dengannya yang memiliki 10,000 pengguna atau pembaca sebulan. Sekiranya anda mempunyai bilangan pengguna yang ramai, kami boleh mewujudkan satu versi label putih dengan penjenamaan anda, yang pastinya akan menambah nilai kepada perkongsian tersebut.

Bagaimana ia berfungsi?

Anda akan mendapat PR penuh dan pakej pemasaran, termasuklah bahan-bahan pengiklanan, seperti salinan, grafik dan sepanduk. Kami juga akan berkongsikan katalog idea berdasarkan kerjasama dengan pihak lain berserta beberapa cadangan yang dapat membantu anda untuk memanfaatkan sepenuhnya perkongsian ini.

Apakah tanggungjawab saya?

Perkongsian ini akan menjana pendapatan untuk anda apabila anda mempromosikan penyelesaian tersebut. Sekiranya anda tidak melakukan apa-apa, anda tidak akan mendapat sebarang imbuhan, namun begitu anda juga tidak akan dikenakan sebarang bayaran. Jika anda ingin memanfaatkan sepenuhnya perkongsian ini, sila ikuti saranan seperti yang terdapat di dalam katalog idea dan gunakan bahan pengiklanan yang disediakan. Berapa banyak pendapatan yang boleh diperolehi adalah terpulang kepada anda.

Apa yang saya perolehi?

Setiap kali salah seorang pengguna anda melanggan SimpleSite melalui perkongsian ini, anda akan memperolehi antara RM120 hingga RM180. Sekiranya anda layak dan mendapat versi label putih, kami akan memaparkan logo anda di laman web pengguna, jadi anda juga akan mendapat pengiklanan secara percuma.

Apakah potensi yang boleh dicapai?

Potensinya amat besar. Di Scandinavia sahaja, kami mempunyai 250 perkongsian yang berbeza dengan pihak media yang besar seperti Jubii, Spray, QXL dan Trendsales, disamping dengan pihak media khusus yang lebih kecil, seperti laman web mengenai haiwan peliharaan dan majalah perkahwinan. Seseorang rakan kongsi biasanya akan mendapat perolehan antara RM600 dan RM6000 sebulan bergantung kepada saiz media dan tahap komitmen yang diberikan.

Di manakah saya boleh mulakan?

Sila isikan borang di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat yang mungkin. Sebaik sahaja perjanjian perkongsian ditandatangani, anda boleh memulakan perniagaan dalam masa seminggu.

HUBUNGI KAMI