Soalan mengenai langganan dan Pembayaran SimpleSite


1. Berapakah kos langganan SimpleSite dan apakah ciri-ciri yang disediakan?

 
Asas
Pro
E-dagang
Halaman
15
Tanpa had
Tanpa had
Imej
300
Tanpa had
Tanpa had
Video
600 saat
Tanpa had
Tanpa had
Pilihan reka bentuk
Terhad
Tanpa had
Tanpa had
Pilihan fon
Terhad
Tanpa had
Tanpa had
Nama domain anda sendiri
Alamat e-mel tersuai
Tiada pengiklanan
Produk kedai dalam talian
5
5
Tanpa had
Integrasi PayPal
1 bulan
PERCUMA!
$13.95
$28.95
3 bulan
PERCUMA!
$35.95
$80.95
1 tahun
PERCUMA!
$119.95
$299.95

Langganan SimpleSite Asas memberikan anda akses ke laman web anda sendiri, dengan 15 halaman, 300 imej, video 600 saat, dan 5 produk pada kedai web anda sendiri.

Sekiranya anda memerlukan lebih banyak ruang atau nama domain anda sendiri, anda boleh menaik taraf langganan anda ke SimpleSite PRO.

Sekiranya anda mewujudkan kedai web anda sendiri, anda perlu menaik taraf kepada SimpleSite E-dagang yang menawarkan produk, halaman, imej, video tanpa had dan akses penuh ke semua pilihan reka bentuk.

2. Bagaimanakah jika saya mahu lebih banyak halaman atau gambar pada laman web saya?
Sekiranya anda memerlukan lebih banyak halaman atau foto maka anda perlu menaik taraf kepada langganan SimpleSite Pro Langganan SimpleSite Pro mempunyai ruang yang tidak terhad. Untuk menaik taraf sila klik pada pautan di bawah.

http://ms.simplesite.com/builder/pages/subsextras.aspx

3. Bagaimanakah caranya saya boleh mendapatkan nama domain saya sendiri?
Di SimpleSite, adalah mudah untuk mendapatkan nama domain sendiri untuk laman web anda. Sekiranya anda membeli langganan PRO anda akan menerima nama domain anda sendiri secara percuma dan SimpleSite anda akan dikenali sebagai contoh www.yourname.com bukannya yourname.SimpleSite.com. Selain itu, anda boleh mendaftar sehingga lima alamat e-mel yang tersuai, contohnya info@yourname.com.

Untuk menaik taraf dan mendapatkan nama domain anda sendiri, sila klik pada pautan di bawah.

http://ms.simplesite.com/builder/pages/SubsBuyDomain.aspx

4. Saya telah menerima sijil hadiah SimpleSite. Bagaimanakah caranya untuk saya menebusnya?
Sekiranya anda menerima sijil hadiah SimpleSite dan ingin menggunakannya untuk mewujudkan laman web yang baru, sila klik pautan ini dan ikuti panduan yang diberikan:

Sila klik di sini untuk menebus sijil hadiah SimpleSite anda.

5. Bolehkah saya memperbarui langganan PRO sedia ada dengan sijil hadiah?

Boleh, hanya jika sijil hadiah SimpleSite yang anda terima mempunyai pilihan tersebut. Jika ya, anda boleh login menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda dan di bahagian "Kedai & Hadiah", anda akan menemui butang "Perbarui menggunakan sijil hadiah". Sila klik butang tersebut dan masukkan kod daripada sijil hadiah anda.

6. Bagaimana saya boleh membayar atau memperbarui langganan PRO saya?
Sila klik di sini untuk pergi ke halaman pembaruan langganan SimpleSite PRO.

7. Laman web saya tidak boleh diakses. Kenapa?
Kebiasaannya ini akan berlaku sekiranya laman web anda tidak diperbarui. Sekiranya anda telah membayar untuk langganan PRO, dan pembayaran tersebut telah diproses dengan betul, sila hubungi Khidmat Pelanggan SimpleSite secepat mungkin: SimpleSites kundeservice hurtigst muligt: khidmatPelanggan@simplesite.com. Kami akan akan cuba sedaya upaya untuk membalas semua e-mel yang diterima dalam tempoh 2 hari bekerja. Sila sertakan alamat laman web SimpleSite anda dalam e-mel, dan hantar e-mel kepada kami menggunakan alamat e-mel yang anda gunakan untuk membuat SimpleSite anda.

Sila ambil perhatian bahawa laman web akan ditutup oleh SimpleSite jika melanggar Terma dan Syarat kami. Sila klik di sini untuk membaca Terma & Syarat kami.

8. Apakah yang akan berlaku apabila langganan PRO saya telah tamat tempoh?
Sekiranya anda telah berdaftar dengan Perkhidmatan Pembayaran, langganan anda akan diperbarui secara automatik. Sekiranya kami tidak berjaya memperbarui langganan anda secara automatik, kami akan memberitahu anda melalui e-mel dan memberikan panduan mengenai langkah-langkah yang anda perlu lakukan untuk memperbarui langganan anda.

Sekiranya langganan tidak diperbarui, anda tidak akan dapat mengakses laman web anda. Kami menyimpan semua isi kandungan untuk tempoh selama 3 bulan. Sepanjang 3 bulan tersebut, anda masih boleh login ke laman web anda dan memperbarui langganan PRO pada bila-bila masa. Sekiranya langganan tidak diperbarui dalam tempoh 3 bulan laman web anda akan dipadam secara kekal. Sila ambil perhatian bahawa laman web yang dipadam dan laman web yang telah tamat tempoh adalah tidak sama, dan sekali laman web dipadam, ia tidak lagi boleh dipulihkan.

9. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya tidak mahu memperbarui langganan PRO saya?
Sekiranya anda tidak mahu memperbarui langganan PRO, anda mempunyai 2 pilihan:

1) Anda boleh membiarkan langganan Pro anda tamat. Sila ambil perhatian, sekiranya anda telah berdaftar dengan Perkhidmatan Pembayaran, langganan anda akan diperbarui secara automatik. Anda akan perlu menyahaktifkan Perkhidmatan Pembayaran bagi membolehkan laman web anda tamat tempoh.

2) Sila login ke laman web anda dan klik "Hentikan langganan dan padam". Langkah ini akan memadam semua isi kandungan laman web anda secara kekal dan proses pembaruan langganan akan dihentikan.

HSekiranya anda telah dikenakan bayaran secara automatik melalui Perkhidmatan Pembayaran baru-baru ini dan anda tidak mahu memperbarui langganan, sila hubungi perkhidmatan pelanggan dalam tempoh 14 hari sejak tarikh pembaruan langganan untuk menerima bayaran balik dan membolehkan laman web anda dipadamkan.

10. Berapa hari lagi yang masih tinggal sebelum langganan PRO saya tamat?

Anda boleh login dan memeriksa status langganan PRO anda pada bila-bila masa. Anda juga boleh melihat berapa hari lagi yang masih tinggal. Kami mengesyorkan agar anda memperbarui langganan PRO sekurang-kurangnya 24 jam sebelum langganan semasa tamat tempoh. Kami akan menambah tempoh langganan baru kepada bilangan hari yang masih tinggal ke atas langganan semasa anda.

Soalan-soalan mengenai penggunaan awam SimpleSite.

1. Saya terlupa kata laluan saya. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sila pergi ke www.SimpleSite.com dan klik pada “Daftar masuk”. Sila klik pada "Lupa kata laluan".

Anda akan menerima e-mel yang mengandungi nama pengguna dan kata laluan sementara melalui alamat e-mel berdaftar anda.

Sekiranya anda tidak menerima kata laluan baru, atau masih tidak boleh login ke laman web anda, sila hantar e-mel ke perkhidmatan pelanggan melalui khidmatPelanggan@simplesite.com. Sila sertakan alamat laman web SimpleSite anda dalam e-mel, dan hantar e-mel kepada kami menggunakan alamat e-mel yang anda gunakan untuk membuat SimpleSite anda.

2. Bagaimanakah caranya saya boleh membatal dan memadam laman web saya?
  • Login ke laman web anda dengan nama pengguna dan kata laluan anda.
  • Klik "Tetapan" dan "Menguruskan halaman" dalam bar navigasi di sebelah kanan skrin untuk masuk ke "Editor Laman Anda". Jika anda masuk ke "Editor Laman Anda" serta-merta, sila pergi ke langkah seterusnya.
  • Klik "Akaun" dalam bar navigasi di sebelah kanan skrin.
  • Jika anda mempunyai laman web berbayar, klik "Khidmat bayaran" dalam menu drop-down. Pada halaman yang seterusnya, sila klik butang oren yang berkata "Hentikan perkhidmatan bayaran automatik SimpleSite". Jika anda mempunyai laman web percuma, sila pergi ke langkah seterusnya.
  • Klik "Langganan Anda" dalam menu drop-down di sebelah kanan.
  • Pada halaman yang seterusnya, sila klik butang oren yang berkata "Padam laman web saya sekarang".
Sekiranya anda mempunyai langganan SimpleSite PRO atau E-dagang, anda tidak akan dikenakan sebarang caj selepas pemadaman laman web tersebut.

3. Bolehkah saya menukar nama laman web SimpleSite saya?
Anda boleh menukar nama laman web SimpleSite anda. Sebagai contoh, anda boleh menukar caulfields.SimpleSite.com kepada jones.SimpleSite.com. Anda boleh menukarnya di bawah “Langganan anda” apabila anda login.

Sila ambil perhatian: Sekiranya anda menukar nama laman web, anda perlu mengguna nama baru sebagai nama pengguna baru apabila login ke laman web anda.

Sekiranya anda seorang pelanggan PRO dan ingin menukar nama domain, sila hantar e-mel kepada perkhidmatan pelanggan kami melalui khidmatPelanggan@simplesite.com. Sila sertakan alamat laman web SimpleSite anda dalam e-mel, dan hantar e-mel kepada kami menggunakan alamat e-mel yang anda gunakan untuk mendaftar SimpleSite anda.

4. Bolehkah saya mengubah saiz imej?
Tidak, saiz imej anda secara automatik ditetapkan oleh templat laman web yang anda pilih.

5. Bolehkah saya mengedit dan memadam entri pada buku pelawat saya?
Ya, sila login ke laman web anda dan klik butang “Edit” untuk buku pelawat. Anda boleh melihat semua isi kandungannya dan memadam sebarang maklumat yang tidak diingini.

6. Bagaimana saya boleh menghantar laman web SimpleSite saya ke mesin carian, seperti Google dan Bing?
Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai cara menghantar laman web ke mesin carian di sini:
http://ms.simplesite.com/go/cms/howitworks/searchengine.

7. Bolehkah saya menggunakan laman web SimpleSite saya untuk tujuan komersial?
Anda boleh menggunakan SimpleSite anda untuk tujuan komersial, selagi isi kandungan halaman tersebut mematuhi Terma & Syarat umum kami. Anda boleh menggunakan langganan E-dagang kami untuk menjual produk dan perkhidmatan di laman web anda. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak membenarkan pemilik laman web untuk menjual semula laman web atau nama domain mereka kepada pihak lain.

8. Bolehkah sesiapa sahaja melihat SimpleSite saya?
Ya. Sila ambil perhatian bahawa TIADA pilihan perlindungan kata laluan untuk laman web anda. Ini bermakna bahawa sesiapa sahaja yang mengetahui URL laman web anda boleh melawatnya. Kami mengesyorkan agar anda sentiasa berhati-hati apabila menerbitkan sebarang maklumat di laman web anda. Cuba elak daripada menerbitkan maklumat yang sulit, yang boleh menyinggung perasaan orang lain atau yang tidak sesuai untuk tatapan umum. mesin carian seperti Google dan Bing juga mampu melakukan indeks terhadap laman web anda.

9. Adakah SimpleSite menyimpan imej saya?
Ya, namun begitu kami menyimpannya dalam saiz dan format yang berbeza daripada saiz dan format yang anda simpan di komputer atau peranti anda. Kami menjadikan imej lebih kecil supaya masa yang diambil untuk memuat halaman secepat mungkin. Ini bermakna anda tidak boleh menjadikan SimpleSite sebagai tempat untuk menyimpan imej anda. SimpleSite adalah tempat di mana anda boleh mempamerkan imej, dan bukannya sebagai tempat simpanan.

10. Adakah terdapat pengiklanan pada laman web saya?
Laman web anda adalah bebas daripada sebarang bentuk pengiklanan atau penajaan daripada pihak ketiga.

11. Saya belum menerima surat berita mingguan SimpleSite. Mengapakah ini berlaku?
Sila pastikan bahawa alamat e-mel yang anda berikan adalah sah dan betul. Untuk memastikannya, sila login dan klik "Langganan anda." Di halaman langganan, sila semak dan edit maklumat yang anda berikan sewaktu mendaftar dengan SimpleSite.

E-mel surat berita mungkin berada dalam folder spam anda. Dalam kes ini, sila membenarkan e-mel dari SimpleSite.

12. Bolehkah saya membuat templat saya sendiri untuk laman web SimpleSite saya?
Harap maaf, kemudahan ini masih belum disediakan. Anda hanya boleh menggunakan templat sedia ada yang SimpleSite.com tawarkan untuk anda. Walau bagaimanapun, kemudahan ini bakal ditawarkan pada masa yang akan datang.

13. Apakah alamat laman web saya di Internet?
Sewaktu anda mendaftar untuk laman web, kami telah meminta agar anda memberikan maklumat mengenai nama pengguna dan kata laluan. Nama pengguna anda boleh digunakan sebagai alamat laman web (sebagai contoh, sekiranya anda memilih nama pengguna "Caulfields," maka alamat laman web anda adalah caulfields.SimpleSite.com), namun begitu anda juga boleh memilih untuk membeli langganan SimpleSite PRO dan mendapatkan nama domain secara percuma.

Untuk menaik taraf dan mendapatkan nama domain anda sendiri, sila klik pada pautan di bawah.

http://ms.simplesite.com/builder/pages/SubsBuyDomain.aspx.

14. Sekiranya saya membeli lebih daripada satu laman web SimpleSite, adakah saya mendapat sebarang diskaun?
Tidak, tidak ada diskaun untuk pembelian banyak.

15. Apakah Terma dan Syarat pada SimpleSite?
Sila klik di sini untuk membaca Terma & Syarat kami.

16. Hak cipta
Sekiranya anda percaya bahawa hak cipta kerja anda telah digunakan pada mana-mana SimpleSites tanpa kebenaran anda, sila e-mel kepada khidmatPelanggan@simplesite.com.
Permintaan hanya boleh dikemukakan oleh pemilik hak cipta atau seseorang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik.

Anda tidak dapat mencari jawapan kepada soalan anda?
Sila hantar e-mel dengan soalan anda kepada perkhidmatan pelanggan kami: khidmatPelanggan@simplesite.com (Sekiranya anda sudah menjadi pengguna SimpleSite, sila masukkan alamat laman web SimpleSite anda dalam e-mel, dan hantar e-mel melalui alamat e-mel yang anda gunakan untuk mendaftar SimpleSite anda).