Terma dan Syarat SimpleSite

TERMA & SYARAT PEMBELIAN LANGGANAN ATAU PERKHIDMATAN SimpleSite

Sila baca terma dan syarat pembelian langganan SimpleSite dan perkhidmatan laman web berikut dengan teliti sebelum menggunakan laman web SimpleSite atau membeli langganan SimpleSite. Dengan menggunakan perkhidmatan laman web SimpleSite dan dengan bersetuju untuk membeli langganan bagi perkhidmatan laman web kami, anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami dan menerima terma dan syarat ini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat tersebut anda dikehendaki untuk tidak menggunakan produk dalam talian serta perkhidmatan laman web SimpleSite.

MAKLUMAT SYARIKATd

SimpleSite ApS (selepas ini "SimpleSite")
Toldbodgade 31, 3. tv.
DK-1253 København K
CVR: 27972454
Tel: +45 33 32 17 12
Faks: +45 33 32 17 14
E-mel: khidmatPelanggan@simplesite.com (Sekiranya anda sudah menjadi pengguna SimpleSite dan ingin menghubungi kami, sila masukkan alamat laman web SimpleSite anda dalam e-mel, dan hantar e-mel melalui alamat e-mel yang anda gunakan untuk mendaftar SimpleSite anda.)

PEMBAYARAN

Semua pembayaran adalah berkaitan terus kepada langganan SimpleSite PRO atau SimpleSite E-dagang dan semua pembelian tambahan serta ciri-ciri produk adalah tertakluk di bawah langganan ini. Penerangan mengenai langganan yang dibeli, harga langganan serta tempoh langganan ada dinyatakan semasa pembelian dibuat.

Langganan SimpleSite Pro atau SimpleSite E-dagang anda telah ditetapkan untuk diperbaharui secara automatik pada harga langganan biasa bagi memastikan perkhidmatan laman web anda tidak terganggu dan tidak tamat tempoh. Ini bermakna anda akan dikenakan bayaran secara automatik 10 hari sebelum tarikh tamat tempoh langganan PRO atau E-dagang.

Anda boleh membatalkan perkhidmatan pembaharuan automatik pada bila-bila masa dengan mengklik pada tab menu "Langganan Anda", apabila anda log masuk ke SimpleSite. Tarikh terakhir untuk membatalkan pembaharuan secara automatik dan mengelakkan daripada dikenakan caj pada masa depan adalah 10 hari sebelum tarikh tamat langganan PRO atau E-dagang anda.

Hanya pelanggan SimpleSite PRO yang sah sahaja boleh mendapatkan nama domain untuk laman web SimpleSite.

Sekiranya kami tidak dapat memperbaharui langganan anda secara automatik kami akan memaklumkan kepada anda melalui e-mel 10 hari sebelum langganan PRO atau E-dagang anda tamat. Anda akan diminta untuk log masuk ke SimpleSite dan membuat pembayaran bagi tempoh langganan yang akan datang.

Anda boleh menyemak pembayaran sebelumnya dan mencetak invois dengan mengklik "Langganan Anda" apabila anda log masuk ke SimpleSite.

PRODUK, PERKHIDMATAN DAN AKSES

Sebagai pelanggan SimpleSite anda diberikan akses kepada platform SimpleSite Asas pada setiap masa secara percuma. Pelanggan SimpleSite boleh mengakses platform SimpleSite PRO dan / atau E-dagang apabila SimpleSite telah menerima bayaran langganan. Apabila bayaran dibuat menggunakan sistem pembayaran dalam talian contohnya kad kredit, anda akan diberikan akses sebaik sahaja pembayaran anda telah disahkan. Kaedah pembayaran yang lain mungkin mengambil masa beberapa hari untuk diproses sebelum akses diberikan.

Pelanggan SimpleSite PRO dan E-dagang berhak untuk membatalkan langganan dalam masa 14 hari selepas ianya dibeli. Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan atau produk dalam tempoh 14 hari tersebut, maka hak pembatalan adalah tidak sah.

Pelanggan SimpleSite E-dagang juga boleh memilih untuk menurun taraf kepada langganan SimpleSite PRO dalam tempoh pembatalan 14 hari. Walau bagaimanapun adalah tidak dibenarkan untuk menurunkan dari langganan SimpleSite PRO ke platform percuma SimpleSite Asas.

Tuntutan pampasan tidak boleh melebihi harga langganan asal PRO atau E-dagang. Sila ambil perhatian bahawa produk yang dibeli dalam talian adalah hanya untuk digunakan oleh pelanggan dan tidak boleh dikongsi atau dipinjamkan menggunakan perkongsian kata laluan, dipindahkan, dijual semula atau dalam apa juga cara pengedaran yang lain.

SimpleSite berhak untuk menggantung dan/atau menamatkan mana-mana pembelian produk dalam talian sekiranya SimpleSite mendapati bahawa pihak ketiga menggunakan tawaran promosi bagi mendapatkan keuntungan kewangan atau komisen.

Masa gangguan bermakna tempoh masa perkhidmatan dalam talian SimpleSite tidak boleh diperolehi ataupun terhad SimpleSite tidak menjamin ketersediaan perkhidmatan dan tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang gangguan atau kesukaran mendapatkan perkhidmatan, yang boleh berlaku atas sebab-sebab kemas kini dan penyelenggaraan. Tambahan pula SimpleSite tidak bertanggungjawab bagi sebarang gangguan disebabkan oleh pembekal pihak ketiga, dan pembekal internet lain atau yang disebabkan oleh Force Majeure.

SimpleSite berhak untuk menukar Terma dan Syarat ini. SimpleSite berhak untuk menukar harga langganan dengan memberikan notis sekurang-kurangnya lima belas (15) hari. Kami berhak untuk meminta anda menukar butiran log masuk anda sama ada untuk keselamatan atau atas sebab-sebab yang lain.

Aduan

Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Khidmat Pelanggan kami, sila menghantar semula aduan anda termasuk jawapan dari Khidmat Pelanggan dan sebab anda tidak bersetuju dengan keputusan mereka.

Sila hantar aduan anda kepada complaint@SimpleSite.com.

Untuk menyediakan perkhidmatan terbaik, kami meminta anda menghantar aduan melalui alamat e-mel sama seperti yang digunakan untuk menghubungi khidmat pelanggan.

Sila ambil perhatian bahawa hanya kes-kes yang telah dijawab oleh Khidmat Pelanggan saja akan diterima oleh bahagian aduan kami. Semua pertanyaan lain akan dikemukakan kepada Khidmat Pelanggan kami pada khidmatPelanggan@SimpleSite.com.

Sila tunggu sehingga 3 hari bekerja untuk mendapat jawapan dari bahagian aduan.

Jika anda adalah warganegara EU dan berasa perkhidmatan kami tidak menepati jangkaan anda, anda juga boleh membuat aduan kepada Penyelesaian Pertikaian Online EU - http://ec.europa.eu/consumers/odr/.

TERMA & SYARAT untuk menggunakan produk SimpleSite

Anda bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan selaras dengan perjanjian ini, dan anda akan memberikan maklumat yang tepat dan lengkap dalam hal-hal berkaitan dengan penghasilan laman web SimpleSite anda.

SILA AMBIL PERHATIAN: Produk SimpleSite anda disediakan di dalam situasi di mana ia tidak boleh digunakan untuk menyiarkan atau menyokong sebarang isi kandungan yang boleh menyinggung mana-mana pihak atau yang seumpama dengannya. Ini termasuklah penghantaran e-mel tanpa izin yang bersifat komersil, penghantaran e-mel pukal, menyiarkan ucapan berbentuk fitnah, pengedaran virus Internet, cecacing, kuda Trojan dan aktiviti lain yang merosakkan, bahan-bahan pornografi, isi kandungan dewasa, ugutan atau perkataan kesat. Anda tidak akan melanggar sebarang undang-undang apabila menggunakan perkhidmatan tersebut. Semua isi kandungan yang difikirkan SimpleSite berbentuk serangan akan dipadam dengan serta-merta dan tanpa notis tanpa mengira status langganan produk atau perkhidmatan SimpleSite anda. SimpleSite tidak akan mengeluarkan sebarang bayaran balik untuk laman web SimpleSite yang telah ditamatkan kerana melanggar syarat-syarat di atas.

Anda bersetuju bahawa tidak akan menggunakan produk SimpleSite anda untuk mendapatkan kata laluan atau maklumat peribadi lain dari pihak ketiga untuk sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang atau bagi tujuan penipuan. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menyamar sebagai mana-mana pihak atau entiti atau mengelirukan hubungan anda dengan mana-mana pihak atau entiti. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan mewujudkan atau menghantar "spam".

Anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua isi kandungan (data, teks, perisian, muzik, bunyi, imej, gambar, grafik, video, mesej, fail atau apa-apa jenis kandungan lain) yang anda siarkan pada laman web SimpleSite dan anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa isi kandungan tersebut tidak melanggar undang-undang hakcipta tempatan atau antarabangsa dalam apa juga cara. SimpleSite tidak memantau atau menyemak isi kandungan dan tidak bertanggungjawab dalam apa-apa cara terhadap kualiti atau sifat isi kandungan yang siarkan anda. SimpleSite tidak bertanggungjawab terhadap sebarang isi kandungan yang anda siarkan pada laman web SimpleSite dan tidak boleh dipertanggungjawabkan atas apa-apa tuntutan oleh anda atau mana-mana pemilik isi kandungan pihak ketiga.

Sekiranya isi kandungan anda tidak melanggar terma dan syarat yang ditetapkan, anda bebas untuk menyiarkan pautan kepada laman web SimpleSite anda di mana sahaja yang anda pilih dan tiada sekatan penerbitan terhadap laman web SimpleSite anda. Anda tidak dibenarkan untuk menggunakan laman web SimpleSite anda untuk memaparkan gambar-gambar yang disiarkan di laman web pihak ketiga.

SimpleSite tidak boleh dipertanggungjawabkan oleh anda atau mana-mana pihak ketiga atas kehilangan atau penyalahgunaan isi kandungan, atau untuk kerugian kewangan secara langsung atau tidak langsung yang berkaitan dengan sebarang penyalahgunaan isi kandungan dalam apa jua bentuk.

SimpleSite tidak boleh dipertanggungjawabkan atas penyalahgunaan kata laluan anda, sama ada disebabkan oleh kecuaian, atau dengan kata laluan atau disebabkan SimpleSite digodam.

SimpleSite berhak untuk memberikan kebenaran kepada pihak polis atau mahkamah akses terhadap isi kandungan yang anda siarkan pada laman web SimpleSite anda. Sekiranya SimpleSite percaya bahawa laman web SimpleSite mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan (seperti pornografi kanak-kanak dan lain-lain) atau membantu atau mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang, SimpleSite berhak untuk menggantung atau menamatkan laman web SimpleSite anda tanpa sebarang notis dan akan memaklumkan kepada pihak polis mengenai kandungan/aktiviti yang menyalahi undang-undang dan juga identiti anda.

SimpleSite berhak untuk menamatkan atau menggantung akses kepada perkhidmatan kami dan/atau menyekat laman web anda tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

SimpleSite berhak untuk memadam SimpleSite yang tidak aktif berserta semua isi kandungan yang disiarkan 3 bulan setelah langganannya telah tamat tempoh. Ini bermakna bahawa pemilik laman web SimpleSite mempunyai tempoh selama 3 bulan untuk memperbaharui langganan setelah tamat tempoh.

SimpleSite tidak boleh dipertanggungjawabkan secara langsung atau tidak langsung bagi sebarang kehilangan dalam sebarang bentuk berkaitan dengan menamatkan dan memadam laman web SimpleSite. SimpleSite tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi sebarang kehilangan dalam apa juga bentuk sekiranya perkhidmatan SimpleSite secara sebahagian atau keseluruhannya tidak tersedia.

Domain adalah tertakluk kepada terma yang berasingan dan tambahan dan syarat yang ditetapkan oleh rangkaian yang berkaitan pusat maklumat (NIC) atau pihak pendaftar. Sekiranya anda gagal untuk mematuhi terma dan syarat berasingan anda mungkin akan kehilangan hak pemilikan dan penggunaan sebarang domain yang telah dibeli dan SimpleSite tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang kerugian yang dialami. Terma dan syarat yang berasingan mungkin termasuk peruntukan mengenai terma di mana anda boleh memindahkan dan menguruskan domain serta keperluan yang anda perlu berikan maklumat dengan betul dan sah.

Sekiranya anda telah mewujudkan langganan percubaan SimpleSite secara percuma melalui pihak ketiga, contohnya yang berkaitan dengan langganan majalah atau kelab, terma dan syarat di atas berkenaan dengan tarikh tamat dan pembayaran mungkin tidak sah. Sila semak terma dan syarat langganan percubaan oleh pihak ketiga.

Hak cipta

Sekiranya anda percaya bahawa hak cipta dilindungi kerja anda telah digunakan pada mana-mana SimpleSites tanpa kebenaran anda, sila e-mel kepada khidmatPelanggan@simplesite.com. Permintaan hanya boleh dikemukakan oleh pemilik hak cipta atau seseorang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik.

Domain

Domain adalah tertakluk kepada terma dan syarat tambahan dan berasingan yang dinyatakan oleh network information center(NIC) atau pendaftar. Jika anda gagal mematuhi terma dan syarat yang berasingan anda mungkin kehilangan pemilikan dan penggunaan mana-mana domain yang telah dibeli dan SimpleSite tidak boleh dipersalahkan untuk kerugian ini. Terma dan syarat berasingan termasuk peruntukan mengenai syarat-syarat mengenai pemindahan dan pengurusan domain anda serta kewajiban anda untuk memberi maklumat perhubungan yang betul dan sah. Baca lebih

Peraturan ICANN (Internet Corporation for Assigned Names and Numbers)

Fasal ICANN

Polisi Pemulihan Pendaftaran Tamat Tempoh ICANN (ERRP)

Jika domain anda telah tamat tempoh, ia akan berada dalam Tempoh Pembaharuan Automatik (untuk 0-45 hari), diikuti dengan 30 hari Tempoh Penebusan. Pada akhir Tempoh Penebusan, anda tidak dapat memperbaharui nama domain anda lagi. Nama domain anda akan dibebaskan untuk pendaftaran oleh pihak ketiga.
Tempoh penebusan diwujudkan untuk memberikan pemilik domain satu peluang terakhir untuk mengekalkan nama domain mereka sebelum ia menjadi bebas untuk umum. Tetapi kos mendapatkan semula domain dalam tempoh penebusan ialah $100 USD. Baca lanjut

MAKLUMAT PEMILIK

Laman web ini disediakan oleh:
SimpleSite ApS
Toldbodgade 31, 3.tv.
DK-1253 Copenhagen K
Tel.: +45 3332 1712
E-mel: khidmatPelanggan@simplesite.com

LAMAN WEB INI MENGGUNAKAN COOKIE

Laman web ini menggunakan cookie untuk mengingati tetapan anda dan untuk statistik, bagi mengesan berapa ramai orang yang melawat laman web kami.

COOKIE

Laman web ini menggunakan cookie mengikut penggunaan yang dinyatakan di atas. cookie merupakan satu fail teks kecil, yang disimpan dalam pelayar anda untuk mengenali komputer anda apabila melakukan lawatan kembali. cookie kami tidak menyimpan sebarang maklumat peribadi, dan mereka tidak boleh mengandungi sebarang virus.

BERAPA LAMA COOKIE DISIMPAN

Cookie memadam sendiri selepas beberapa bulan (bilangan yang tepat adalah berbeza-beza), tetapi mereka diperbaharui pada setiap lawatan.

CARA MEMADAM COOKIE ANDA

Anda boleh mengawal dan/ atau memadam cookie yang anda mahu – untuk maklumat lanjut sila lihat AllAboutCookies.org. DAnda boleh memadam semua cookie yang dipasang pada komputer anda dan anda boleh menetapkan pelayar untuk mengelakkan mereka daripada dipasang.

LAMAN WEB INI MENGGUNAKAN COOKIE DARI GOOGLE ANALYTICS (STATISTIK)

Laman web ini menggunakan cookie dari Google Analytics untuk mengukur trafik di laman web.
Anda boleh memilih untuk tidak menerima cookie dari Google Analytics di sini: http://tools.google.com/dlpage/gaoptout