Soalan mengenai langganan dan Pembayaran SimpleSite


1. Berapakah kos langganan SimpleSite dan apakah ciri-ciri yang disediakan?

 
Asas
Pro
E-dagang
Halaman
15
Tanpa had
Tanpa had
Imej
300
Tanpa had
Tanpa had
Video
600 saat
Tanpa had
Tanpa had
Pilihan reka bentuk
Terhad
Tanpa had
Tanpa had
Nama domain anda sendiri
Alamat e-mel tersuai
Tiada pengiklanan
Produk kedai dalam talian
5
5
Tanpa had
Integrasi PayPal
1 bulan
PERCUMA!
$15.49
$30.49
3 bulan
PERCUMA!
$39.95
$84.95
1 tahun
PERCUMA!
$134.95
$314.95

2. Bagaimanakah jika saya mahu lebih banyak halaman atau gambar pada laman web saya?
Sekiranya anda inginkan lebih banyak ruang untuk halaman, foto atau video, anda boleh menaik taraf kepada langganan PRO SimpleSite, yang memberikan anda ruang tanpa had dan pendaftaran nama domain percuma.

Untuk menaik taraf ke PRO, klik di sini.

3. Bagaimanakah caranya saya boleh mendapatkan nama domain saya sendiri?
Di SimpleSite, adalah mudah untuk mendapatkan nama domain sendiri untuk laman web anda. Apabila anda membeli langganan, anda boleh memilih nama domain anda sendiri, contohnya www.namaanda.com berbanding namaanda.SimpleSite.com. Selain itu, anda boleh mendaftar sehingga lima alamat e-mel yang tersuai, contohnya info@yourname.com.

Untuk menaik taraf dan mendapatkan nama domain anda sendiri, sila klik pada pautan di bawah.

http://ms.simplesite.com/checkout/domainoffer

4. Saya telah menerima sijil hadiah SimpleSite. Bagaimanakah caranya untuk saya menebusnya?
Sekiranya anda menerima sijil hadiah SimpleSite dan ingin menggunakannya untuk mewujudkan laman web yang baru, sila klik pautan ini dan ikuti panduan yang diberikan:

Sila klik di sini untuk menebus sijil hadiah SimpleSite anda.

5. Bolehkah saya memperbarui langganan sedia ada dengan sijil hadiah?

Ya, tetapi hanya jika sijil hadiah SimpleSite yang anda terima mempunyai pilihan yang tersenarai itu. Jika ada, anda boleh menebusnya di sini.

6. Bagaimana saya boleh membayar atau memperbarui langganan saya?
Sila klik di sini untuk pergi ke halaman pembaruan langganan SimpleSite PRO.

7. Laman web saya tidak boleh diakses. Kenapa?
Ini boleh berlaku apabila sesebuah langganan telah tamat tempoh dan tiada pembayaran yang telah dilakukan. Sekiranya pembayaran anda disahkan dan laman web anda di luar talian, atau anda mempunyai langganan percuma yang asas, sila hubungi pasukan khidmat pelanggan kami di khidmatPelanggan@simplesite.com dan berikan alamat laman web anda. Kami meminta supaya anda menghubungi kami daripada alamat e-mel yang digunakan untuk mendaftarkan laman web anda.

Harap maklum bahawa laman web akan ditutup oleh SimpleSite jika ia melanggar Terma dan Syarat kami. Klik di sini untuk membaca Terma dan Syarat kami.

8. Apakah yang akan berlaku apabila langganan saya telah tamat tempoh?
Jika anda berdaftar dengan Perkhidmatan Pembayaran kami, langganan anda akan diperbaharui secara automatik. Jika kami tidak dapat memperbaharuinya secara automatik, kami akan memaklumkan anda melalui e-mel.

Jika langganan anda tidak diperbaharui, ia akan tamat tempoh dan laman web anda akan berada di luar talian. Kami akan mengekalkan kandungan anda selama 3 bulan. Dalam 3 bulan ini, anda masih boleh mengelog masuk ke dalam editor laman web anda dan melakukan pembayaran. Jika langganan tidak diperbaharui dalam 3 bulan selepas ia tamat tempoh, laman web anda akan dipadamkan selamanya, dan kandungannya akan hilang. Sebuah laman web yang dipadamkan tidak akan dapat dipulihkan lagi.

9. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya tidak mahu memperbarui langganan saya?
Jika anda tidak ingin memperbaharui langganan, anda mempunyai 2 pilihan:

1) Menyahaktifkan perkhidmatan pembayaran automatik di bahagian pembayaran automatik dalam editor laman web anda. Setelah langganan semasa anda tamat tempoh, laman web anda akan berada di luar talian dan akan dipadamkan selamanya selepas 3 bulan tamat tempoh.

2) Memadamkan laman web anda selamanya, dengan mengklik butang padam di editor laman web anda. Sebuah laman web yang dipadamkan tidak boleh dipulihkan lagi dan kandungannya akan hilang.

Ataupun, anda boleh menghantar permintaan kepada pasukan Khidmat Pelanggan kami di khidmatPelanggan@simplesite.com.
Jika langganan anda diperbaharui secara automatik baru-baru ini, tetapi anda tidak ingin meneruskan dengannya, anda boleh meminta pulangan wang dalam 14 hari selepas tarikh pembayaran.

10. Berapa hari lagi yang masih tinggal sebelum langganan saya tamat?
Untuk menyemak status langganan anda, log masuk ke dalam editor laman web anda dan layari bahagian langganan. Jika perkhidmatan pembayaran automatik anda dinyahdayakan, kami mengesyorkan supaya anda memperbaharui langganan anda sekurang-kurangnya 24 jam sebelum ia tamat tempoh.

Soalan-soalan mengenai penggunaan awam SimpleSite.

1. Saya terlupa kata laluan saya. Apakah yang perlu saya lakukan?
Untuk menetapkan semula kata laluan anda layari halaman log masuk kami, klik pada "Adakah anda terlupa kata laluan anda?", dan masukkan maklumat yang diperlukan. Kemudian, kami akan menghantar pautan penetapan semula kata laluan kepada alamat e-mel berdaftar anda. Sila ingat untuk menyemak folder spam/promosi anda jika e-mel kami terdapat di sana.

Jika anda tidak menerima pautan penetapan semula kata laluan, atau masih mengalami masalah dalam mengelog masuk ke dalam editor laman web anda, sila hubungi pasukan khidmat pelanggan kami di khidmatPelanggan@simplesite.com, dan berikan alamat laman web anda. Kami meminta supaya anda menghubungi kami daripada alamat e-mel yang digunakan untuk mendaftarkan laman web anda.

2. Bagaimanakah caranya saya boleh membatal dan memadam laman web saya?
Kami kesal melihat anda pergi, tetapi jika anda ingin memadamkan laman web anda kami boleh membantu anda dengan itu.

Sila hantar permintaan anda kepada pasukan khidmat pelanggan kami di khidmatPelanggan@simplesite.com, dan berikan alamat laman web anda. Kami meminta supaya anda menghubungi kami daripada alamat e-mel yang digunakan untuk mendaftarkan laman web anda.

Harap maklum bahawa sebuah laman web yang dipadamkan tidak boleh dipulihkan lagi dan kandungannya akan hilang.

3. Bolehkah saya menukar nama laman web SimpleSite saya?
Ya, anda boleh!

Jika anda mempunyai langganan percuma yang asas, alamat laman web anda adalah berdasarkan nama pengguna anda, dan anda boleh memindanya melalui bahagian "Akaun" dalam editor laman web anda dengan menukar "nama laman web" anda. Harap maklum bahawa ini akan menukar nama pengguna anda juga.

Jika laman web anda mempunyai nama domain, dan anda ingin menukarnya, sila hubungi pasukan khidmat pelanggan kami di khidmatPelanggan@simplesite.com, dan berikan alamt laman web anda. Kami meminta supaya anda menghubungi kami daripada alamat e-mel yang digunakan untuk mendaftarkan laman web anda.

4. Bolehkah saya mengubah saiz imej?
Tidak, saiz imej anda secara automatik ditetapkan oleh templat laman web yang anda pilih.

5. Bolehkah saya mengedit dan memadam entri pada buku pelawat saya?
Ya, sila login ke laman web anda dan klik butang “Edit” untuk buku pelawat. Anda boleh melihat semua isi kandungannya dan memadam sebarang maklumat yang tidak diingini.

6. Bagaimana saya boleh menghantar laman web SimpleSite saya ke mesin carian, seperti Google dan Bing?
Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai cara menghantar laman web ke mesin carian di sini:
http://ms.simplesite.com/go/cms/howitworks/searchengine.

7. Bolehkah saya menggunakan laman web SimpleSite saya untuk tujuan komersial?
Anda boleh menggunakan SimpleSite anda untuk tujuan komersial, selagi isi kandungan halaman tersebut mematuhi Terma & Syarat umum kami. Anda boleh menggunakan langganan E-dagang kami untuk menjual produk dan perkhidmatan di laman web anda. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak membenarkan pemilik laman web untuk menjual semula laman web atau nama domain mereka kepada pihak lain.

8. Bolehkah sesiapa sahaja melihat SimpleSite saya?
Ya. Sila ambil perhatian bahawa TIADA pilihan perlindungan kata laluan untuk laman web anda. Ini bermakna bahawa sesiapa sahaja yang mengetahui URL laman web anda boleh melawatnya. Kami mengesyorkan agar anda sentiasa berhati-hati apabila menerbitkan sebarang maklumat di laman web anda. Cuba elak daripada menerbitkan maklumat yang sulit, yang boleh menyinggung perasaan orang lain atau yang tidak sesuai untuk tatapan umum. mesin carian seperti Google dan Bing juga mampu melakukan indeks terhadap laman web anda.

9. Adakah SimpleSite menyimpan imej saya?
Ya, namun begitu kami menyimpannya dalam saiz dan format yang berbeza daripada saiz dan format yang anda simpan di komputer atau peranti anda. Kami menjadikan imej lebih kecil supaya masa yang diambil untuk memuat halaman secepat mungkin. Ini bermakna anda tidak boleh menjadikan SimpleSite sebagai tempat untuk menyimpan imej anda. SimpleSite adalah tempat di mana anda boleh mempamerkan imej, dan bukannya sebagai tempat simpanan.

10. Adakah terdapat pengiklanan pada laman web saya?
Laman web anda adalah bebas daripada sebarang bentuk pengiklanan atau penajaan daripada pihak ketiga.

11. Saya belum menerima surat berita mingguan SimpleSite. Mengapakah ini berlaku?
Semak untuk memastikan alamat e-mel anda adalah sah dan betul. Log masuk dan edit maklumat yang anda berikan semasa mendaftar dengan SimpleSite.com.

E-mel surat berita mungkin berada dalam folder spam anda. Dalam kes ini, sila membenarkan e-mel dari SimpleSite.

12. Bolehkah saya membuat templat saya sendiri untuk laman web SimpleSite saya?
Harap maaf, kemudahan ini masih belum disediakan. Anda hanya boleh menggunakan templat sedia ada yang SimpleSite.com tawarkan untuk anda. Walau bagaimanapun, kemudahan ini bakal ditawarkan pada masa yang akan datang.

13. Apakah alamat laman web saya di Internet?
Apabila anda berdaftar untuk sesebuah laman web, kami meminta supaya anda memberikan kami nama pengguna dan kata laluan.Nama pengguna anda kemudiannya akan menjadi alamat laman web anda. Sebagai contoh, jika anda memilih nama pengguna "Caulfields", maka alamat laman web anda akan menjadi caulfields.SimpleSite.com. Apabila anda membeli langganan SimpleSite, anda boleh memilih nama domain tersuai anda sendiri, sebagai contoh www.caulfields.com.

Untuk melanggan dan mendapatkan nama domain anda sendiri, sila klik di sini.

14. Sekiranya saya membeli lebih daripada satu laman web SimpleSite, adakah saya mendapat sebarang diskaun?
Tidak, tidak ada diskaun untuk pembelian banyak.

15. Apakah Terma dan Syarat pada SimpleSite?
Sila klik di sini untuk membaca Terma & Syarat kami.

16. Hak cipta
Sekiranya anda percaya bahawa hak cipta kerja anda telah digunakan pada mana-mana SimpleSites tanpa kebenaran anda, sila e-mel kepada khidmatPelanggan@simplesite.com.
Permintaan hanya boleh dikemukakan oleh pemilik hak cipta atau seseorang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik.

Anda tidak dapat mencari jawapan kepada soalan anda?
Sila hantar e-mel dengan soalan anda kepada perkhidmatan pelanggan kami: khidmatPelanggan@simplesite.com (Sekiranya anda sudah menjadi pengguna SimpleSite, sila masukkan alamat laman web SimpleSite anda dalam e-mel, dan hantar e-mel melalui alamat e-mel yang anda gunakan untuk mendaftar SimpleSite anda).