TERMA & SYARAT PEMBELIAN LANGGANAN ATAU PERKHIDMATAN SimpleSite

Sila baca terma dan syarat pembelian langganan (seperti yang ditakrifkan di bawah) dan perkhidmatan laman web ("Terma dan Syarat") SimpleSite dengan teliti sebelum menggunakan laman web SimpleSite atau membeli langganan SimpleSite. Dengan menggunakan perkhidmatan laman web SimpleSite dan dengan bersetuju untuk membeli langganan bagi perkhidmatan laman web kami, anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami dan menerima terma dan syarat ini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat ini, anda dikehendaki untuk tidak menggunakan produk dalam talian serta perkhidmatan laman web SimpleSite.

Untuk mengelakkan keraguan, Terma dan Syarat ini hendaklah diguna pakai tanpa mengira sama ada pembelian atau perkhidmatan tertentu dibeli daripada dan/atau disampaikan oleh SimpleSite atau anak syarikat SimpleSite.

MAKLUMAT SYARIKAT

SimpleSite ApS (selepas ini "SimpleSite")
Slåenbakken 17
DK-3460 Birkerød
CVR: 27972454
Telefon: +45 33 32 17 12 E-mel: khidmatPelanggan@simplesite.com
(Sekiranya anda sudah menjadi pengguna SimpleSite dan ingin menghubungi kami, sila masukkan alamat laman web SimpleSite anda dalam e-mel, dan hantar e-mel melalui alamat e-mel yang anda gunakan untuk mendaftar SimpleSite anda.)

PEMBAYARAN

Semua pembayaran adalah berkaitan terus kepada langganan SimpleSite PRO atau SimpleSite E-dagang dan semua pembelian tambahan serta ciri-ciri produk adalah tertakluk di bawah langganan ini. Penerangan mengenai langganan yang dibeli, harga langganan serta tempoh langganan ada dinyatakan semasa pembelian dibuat.

Langganan SimpleSite Pro atau SimpleSite E-dagang anda telah ditetapkan untuk diperbaharui secara automatik pada harga langganan biasa bagi memastikan perkhidmatan laman web anda tidak terganggu dan tidak tamat tempoh. Ini bermakna anda akan dikenakan bayaran secara automatik 10 hari sebelum tarikh tamat tempoh langganan PRO atau E-dagang.

Anda boleh membatalkan perkhidmatan pembaharuan automatik pada bila-bila masa, apabila anda mengelog masuk ke SimpleSite. Tarikh terakhir untuk membatalkan pembaharuan automatik dan mengelakkan caj akan datang ialah 10 hari sebelum tarikh luput langganan laman web anda.

Hanya pelanggan SimpleSite PRO yang sah sahaja boleh mendapatkan nama domain untuk laman web SimpleSite.

Sekiranya kami tidak dapat memperbaharui langganan anda secara automatik kami akan memaklumkan kepada anda melalui e-mel 10 hari sebelum langganan PRO atau E-dagang anda tamat. Anda akan diminta untuk log masuk ke SimpleSite dan membuat pembayaran bagi tempoh langganan yang akan datang.

Anda boleh meneliti pembayaran terdahulu dan mencetak invois apabila anda mengelog masuk ke SimpleSite.

PRODUK, PERKHIDMATAN DAN AKSES

Pelanggan SimpleSite boleh mengakses platform SimpleSite PRO dan / atau E-dagang apabila SimpleSite telah menerima bayaran langganan. Apabila bayaran dibuat menggunakan sistem pembayaran dalam talian contohnya kad kredit, anda akan diberikan akses sebaik sahaja pembayaran anda telah disahkan. Kaedah pembayaran yang lain mungkin mengambil masa beberapa hari untuk diproses sebelum akses diberikan.

Pelanggan SimpleSite PRO dan E-dagang berhak untuk membatalkan langganan dalam masa 14 hari selepas ianya dibeli. Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan atau produk dalam tempoh 14 hari tersebut, maka hak pembatalan adalah tidak sah.

Pelanggan SimpleSite E-dagang juga boleh memilih untuk menurun taraf kepada langganan SimpleSite PRO dalam tempoh pembatalan 14 hari. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh menurun taraf daripada langganan SimpleSite PRO kepada platform percuma SimpleSite Basic.

Tuntutan pampasan tidak boleh melebihi harga langganan asal PRO atau E-dagang. Sila ambil perhatian bahawa produk yang dibeli dalam talian adalah hanya untuk digunakan oleh pelanggan dan tidak boleh dikongsi atau dipinjamkan menggunakan perkongsian kata laluan, dipindahkan, dijual semula atau dalam apa juga cara pengedaran yang lain kepada pihak ketiga selain daripada pelanggan. .

SimpleSite berhak untuk menggantung dan/atau menamatkan mana-mana pembelian produk dalam talian sekiranya berlaku hal sedemikian, dan/atau sekiranya SimpleSite mendapati bahawa pihak ketiga menggunakan tawaran promosi bagi mendapatkan keuntungan kewangan atau komisen.

SimpleSite tidak menjamin ketersediaan perkhidmatan dan tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang gangguan ('gangguan' bermaksud tempoh tidak tersedia atau ketersediaan yang terhad untuk perkhidmatan dalam talian SimpleSite) atau kesukaran mendapatkan perkhidmatan, yang boleh berlaku atas sebab-sebab kemas kini dan penyelenggaraan. Tambahan pula SimpleSite tidak bertanggungjawab bagi sebarang gangguan disebabkan oleh pembekal pihak ketiga, dan pembekal Internet lain atau yang disebabkan oleh Force Majeure.

SimpleSite mempunyai hak untuk memindahkan langganan secara keseluruhannya kepada pembekal lain (penghutang perkhidmatan) tanpa kebenaran daripada anda terlebih dahulu. Dalam kes ini, SimpleSite akan memaklumkan anda tentang pemindahan sekurang-kurangnya lima belas (15) hari sebelum masa pemindahan. Anda mempunyai pilihan untuk membatalkan langganan semasa tempoh notis ini.

SimpleSite berhak untuk menukar Terma dan Syarat ini. SimpleSite berhak untuk menukar harga langganan dengan memberikan notis sekurang-kurangnya lima belas (15) hari. Kami berhak untuk meminta anda menukar butiran log masuk anda sama ada untuk keselamatan atau atas sebab-sebab yang lain.

COMPLAINTS

Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Khidmat Pelanggan kami, sila menghantar semula aduan anda termasuk jawapan dari Khidmat Pelanggan dan sebab anda tidak bersetuju dengan keputusan mereka. .

Sila hantar aduan anda kepada complaint@SimpleSite.com .

Untuk menyediakan perkhidmatan terbaik, kami meminta anda menghantar aduan melalui alamat e-mel sama seperti yang digunakan untuk menghubungi khidmat pelanggan kami. .

Sila ambil perhatian bahawa hanya kes-kes yang telah dijawab oleh Khidmat Pelanggan saja akan diterima oleh bahagian aduan kami. Semua pertanyaan lain akan dikemukakan kepada Khidmat Pelanggan kami di khidmatPelanggan@SimpleSite.com.

Sila tunggu sehingga 3 hari bekerja untuk mendapat jawapan dari bahagian aduan.

Jika anda ialah warganegara EU dan merasakan bahawa perkhidmatan kami tidak menepati jangkaan anda, anda juga boleh membuat aduan kepada Penyelesaian Pertikaian Online EU - http://ec.europa.eu/consumers/odr/ .

TERMA & SYARAT UNTUK MENGGUNAKAN PRODUK SimpleSite

Anda bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan selaras dengan Terma dan Syarat ini, dan anda akan memberikan maklumat yang tepat dan lengkap dalam hal-hal berkaitan dengan penghasilan langganan anda dan laman web SimpleSite anda.

SILA AMBIL PERHATIAN: Produk SimpleSite anda disediakan di dalam situasi di mana ia tidak boleh digunakan untuk menyiarkan atau menyokong sebarang isi kandungan yang boleh menyinggung mana-mana pihak atau yang seumpama dengannya. Ini termasuklah (tetapi tidak terhad kepada) penghantaran e-mel tanpa izin yang bersifat komersil, penghantaran e-mel pukal, menyiarkan ucapan berbentuk fitnah, pengedaran virus Internet, cecacing, kuda Trojan dan aktiviti lain yang merosakkan, bahan-bahan pornografi, isi kandungan dewasa, ugutan atau perkataan kesat. Anda memberi jaminan bahawa anda tidak akan melanggar sebarang undang-undang apabila menggunakan produk atau perkhidmatan tersebut. Semua isi kandungan yang difikirkan SimpleSite, mengikut budi bicara mutlaknya, berbentuk serangan akan dipadam dengan serta-merta dan tanpa notis tanpa mengira status langganan produk atau perkhidmatan SimpleSite anda. SimpleSite tidak akan mengeluarkan sebarang bayaran balik untuk laman web atau produk SimpleSite yang telah ditamatkan kerana melanggar syarat-syarat di atas.

Anda bersetuju bahawa tidak akan menggunakan produk atau perkhidmatan SimpleSite anda untuk mendapatkan kata laluan atau maklumat peribadi lain dari pihak ketiga untuk sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang atau bagi tujuan penipuan. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menyamar sebagai mana-mana pihak atau entiti atau mengelirukan hubungan anda dengan mana-mana pihak atau entiti. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan mewujudkan atau menghantar "spam".

Anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua isi kandungan (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, data, teks, perisian, muzik, bunyi, imej, gambar, grafik, video, mesej, fail atau apa-apa jenis kandungan lain) yang anda siarkan pada laman web SimpleSite dan anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa isi kandungan tersebut tidak melanggar undang-undang hakcipta tempatan atau antarabangsa dalam apa juga cara. SimpleSite tidak memantau atau menyemak isi kandungan dan tidak bertanggungjawab dalam apa-apa cara terhadap kualiti atau sifat isi kandungan yang siarkan anda. SimpleSite tidak bertanggungjawab terhadap sebarang isi kandungan yang anda siarkan pada laman web SimpleSite dan tidak boleh dipertanggungjawabkan atas apa-apa tuntutan oleh atau terhadap anda atau mana-mana pemilik isi kandungan pihak ketiga.

Sekiranya isi kandungan anda tidak melanggar Terma dan Syarat yang ditetapkan, anda bebas untuk menyiarkan pautan kepada laman web SimpleSite anda di mana sahaja yang anda pilih dan tiada sekatan penerbitan terhadap laman web SimpleSite anda. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan untuk menggunakan laman web SimpleSite anda untuk memaparkan gambar-gambar yang disiarkan di laman web pihak ketiga.

SimpleSite tidak boleh dipertanggungjawabkan oleh anda atau mana-mana pihak ketiga atas kehilangan atau penyalahgunaan isi kandungan, atau untuk kerugian kewangan secara langsung atau tidak langsung, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, sekiranya berlaku gangguan, atau sebarang penyalahgunaan isi kandungan dalam apa jua bentuk.

SimpleSite tidak boleh dipertanggungjawabkan atas penyalahgunaan kata laluan anda, sama ada disebabkan oleh kecuaian anda, atau dengan kata laluan atau disebabkan SimpleSite digodam.

SimpleSite berhak untuk memberikan kebenaran kepada pihak polis atau mahkamah akses terhadap isi kandungan yang anda siarkan pada laman web SimpleSite anda. Sekiranya SimpleSite percaya bahawa laman web SimpleSite mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan (seperti pornografi kanak-kanak dan lain-lain) atau membantu atau mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang, SimpleSite berhak untuk menggantung atau menamatkan laman web SimpleSite anda tanpa sebarang notis dan akan memaklumkan kepada pihak polis mengenai kandungan/aktiviti yang menyalahi undang-undang dan juga identiti anda.

SimpleSite berhak untuk menamatkan atau menggantung akses kepada produk dan perkhidmatan kami dan/atau menyekat laman web anda tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

SimpleSite berhak untuk memadamkan laman web SimpleSite yang tidak aktif dan semua kandungan yang dipos 7 selepas langganan tamat. Ini bermaksud bahawa seseorang pemilik laman web SimpleSite mempunyai tempoh 7 hari selepas tarikh tamat tempoh langganan untuk memperbaharui langganan.

SimpleSite tidak boleh dipertanggungjawabkan secara langsung atau tidak langsung bagi sebarang kehilangan dalam sebarang bentuk berkaitan dengan menamatkan dan memadam laman web SimpleSite. SimpleSite tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi sebarang kehilangan dalam apa juga bentuk sekiranya perkhidmatan SimpleSite secara sebahagian atau keseluruhannya tidak tersedia.

Dengan mendaftar ke SimpleSite dan memberikan alamat e-mel anda, anda menyatakan persetujuan untuk menerima kandungan promosi daripada SimpleSite, melalui e-mel, dari semasa ke semasa. Sekiranya anda tidak mahu menerima kandungan / notis promosi sedemikian, anda boleh memaklumkan SimpleSite pada bila-bila masa atau berhenti melanggan secara langsung di e-mel kami. Ambil perhatian bahawa terdapat komunikasi tertentu daripada kami yang anda tidak boleh berhenti melanggan, (kandungan bukan promosi), Termasuk notis transaksi pada akaun anda.

Sekiranya anda telah mewujudkan langganan percuma SimpleSite melalui pihak ketiga, contohnya yang berkaitan dengan langganan majalah atau kelab, Terma dan Syarat di atas berkenaan dengan tarikh tamat dan pembayaran mungkin tidak sah. Sila semak terma dan syarat langganan percubaan oleh pihak ketiga.